Pembetulan Kesilapan

# Pada akhir tahun kewangan, sebelum Akaun Penamat dan Kunci Kira-Kira disediakan, satu Imbangan Duga (ID) perlu disediakan dengan tujuan untuk menentukan ketepatan sistem catatan bergu dalam lejar am.

# Imbangan duga yang tidak seimbang menunjukkan kesilapan telah berlaku dan perlu diingatkan juga Imbangan Duga yang seimbang TIDAK semestinya menunjukkan TIADA kesilapan.

# Kesilapan apabila berlaku perlu dibetulkan dengan melalui catatan jurnal.

# Pembetulan mesti dilakukan sebelum Akaun Penamat dan Kunci Kira-Kira disediakan.

# Pembetulan tidak akan melibatkan Akaun Tergantung dan Pelarasan Untung Bersih.

# Terbahagi kepada dua jenis iaitu Kesilapan Ketara dan Kesilapan Tidak Ketara.

KESILAPAN KETARA

o Imbangan Duga tidak akan seimbang

o Jumlah debit TIDAK AKAN SAMA dengan jumlah kredit

1) Kesilapan Ketinggalan Salah Satu Catatan

Ø Catatan bergu tidak lengkap disebabkan ketinggalan catatan debit atau kreditt. Ini bermakna sesuatu urus niaga hanya dicatat sekali sahaja.

2) Kesilapan Catatan Di Sebelah Yang Sama

Ø Dalam sesuatu urus niaga, kedua-dua akaun yang terlibat dicatatkan di sebelah yang sama.

3) Kesilapan Catatan Amaun

Ø Walaupun prinsip catatan bergu betul, tetapi angka atau jumlah dari jurnal telah salah dicatatkan ke lejar kerana salah kiraan.

4) Kesilapan Pengiraan

Ø Pengiraan yang salah semasa penyediaan jurnal, lejar atau ID.

5) Kesilapan Dalam Imbangan Duga

Ø Jumlah dalam ID tersalah tambah.

Ø Tersilap menyenaraikan baki sama ada sebelah debit atau kredit.

CARA PEMBETULAN;

# Dibetulkan dengan membatalkan angka yang salah dan kemudian menurunkan tandatangan ringkas di tepinya.

KESILAPAN TIDAK KETARA

o Imbangan Duga tidak akan seimbang

o Jumlah debit MASIH SAMA dengan jumlah kredit

1) Kesilapan Ketinggalan Satu Urus Niaga

Ø Sesuatu urus niaga tertinggal terus daripada catatan, di mana tidak direkodkan dalam mana-mana buku.

2) Kesilapan Amaun

Ø Satu urus niaga telah direkodkan di sebelah debit dan kredit dengan amaun yang salah. Ia boleh berlaku semasa catatan dibuat dalam buku catatan pertama.

3) Kesilapan Terbalik

Ø Catatan bergu dibuat dalam akaun yang betul tetapi di sebelah yang salah.

4) Kesilapan Prinsip

Ø Pembukuan dibuat mengikut prinsip bergu yang betul tetapi catatan debit atau kredit direkodkan dalam akaun yang salah.

5) Kesilapan Komisen

Ø Ikut prinsip catatan bergu dalam amaun yang betul tetapi catatan debit dan kredit direkodkan dalam akaun perorangan yang salah.

6) Kesilapan Saling Mengimbangi

Ø Suatu kesilapan urus niaga yang salah direkodkan telah dimbangi oleh kesilapan yang lain.

Ø Ia diperbetulkan melalui cara pembetulan sahaja (tandatangan).

Ø Kesilapan sebelah debit sahaja, kesilapan sebelah kredit sahaja dan kesilapan sebelah kredit dan debit.

CARA PEMBETULAN;

# Dibetulkan melalui Jurnal Am dan diposkan ke lejar berkaitan.

CARTA ALIRAN KAEDAH MENGESAN KESILAPAN

Langkah 1 : Adakah semua catatan debit dan kredit telah dimasukkan dlm ID.

Langkah 2 : Kira selisih antara jumlah debit dengan kredit dlm ID. Semak semula akaun lejar bagi mengesan jumlah yang sama yang mungkin tertinggal.

Langkah 3 : Bahagikan selisih tadi dengan 2. Cari hasil bahagi tadi sama ada tersalah catat dalam lejar yang sama. Jika ada, betulkan.

Langkah 4 : Semak semula pengiraan dalam lejar dan pastikan bakinya diposkan ke ID. Jika ada kesilapan, betulkan dan turunkan tandatangan ditepinya.

Langkah 5 : Semak pengeposan Buku Catatan Pertama ke lejar. Jika ada kesilapan, betulkan.

Langkah 6 : Semak semua pengiraan di Buku Catatan Pertama. Jika ada kesilapan, betulkan dan turunkan tandatangan.

——————————– IMBANGAN DUGA TERSELARAS (Jika ID SEIMBANG terus ke ID Terselaras, jika ID TIDAK SEIMBANG ulangi langkah-langkah di atas satu per satu)